Saturday, September 12, 2009

Alif - Saya akui yang saya telah melakukan kesilapan




“Saya akui yang saya telah melakukan kesilapan yang cukup besar. Sejujurnya, saya berasa amat menyesal dengan apa yang telah terjadi. Memang sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan luahan kata-kata, tetapi saya amat berharap semua pihak yang tersinggung dapat memaafkan saya,” luah Aliff dengan nada cukup kesal.

"Saya juga tidak begitu mengingati di mana dan bila gambar ini diambil. Mungkin dua atau tiga bulan lepas. Apa yang pasti ia berlaku di Singapura.


Alif meminta maaf dan mengaku bersalah setelah aksi dia bercium mulut dengan seorang wanita yang dia sendiri tak mahu mendedahkan siapa wanita tersebut. Alif glamor dengan lagu 'Sayang-sayang' ini berkata kejadian itu akan menjadi pengajaran buatnya pada masa depan.






ps: tak ingat kat mana n bila masa diambil gambar??? logik tak???

'Aset' Haliza Misbun - saya tidak kisah tayang 'aset'



“Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah tayang 'aset' yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama.

“Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.


Kenyatan ini dikeluarkan oleh si pemilik badan teresbut selepas diminta mengulas mengenai filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’ yang dibintangi olehnya. Filem ini adalah filem pertama di bawah syarikat Haliza, Big Productions Sdn Bhd. Adakah tayangan 'aset' tersebut adalah kerelaan diri dan apakah motif penayangan 'aset' tersebut?

Diharapkan si pemilik badan tersebut sedar, faham dan insaflah bahawa perbuatan tersebut bukanya sebagai contoh yang baik kepada masyarkat.

Sumber: Haliza Tidak Kisah Tayang ‘Aset’

    Blogger news

    Blogroll

    About