“Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah tayang 'aset' yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama.
“Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.
Kenyatan ini dikeluarkan oleh si pemilik badan teresbut selepas diminta mengulas mengenai filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’ yang dibintangi olehnya. Filem ini adalah filem pertama di bawah syarikat Haliza, Big Productions Sdn Bhd. Adakah tayangan 'aset' tersebut adalah kerelaan diri dan apakah motif penayangan 'aset' tersebut?
Diharapkan si pemilik badan tersebut sedar, faham dan insaflah bahawa perbuatan tersebut bukanya sebagai contoh yang baik kepada masyarkat.
Sumber: Haliza Tidak Kisah Tayang ‘Aset’

0 comments:
Post a Comment