
Kalau sepuluh tahun lepas Pak Man menyeluk sakunya sorok-sorok menyelit dan memasukan 'sesuatu' ke dalam bekas yang berisi wang di masjid. Dengan niat yang ikhlas berharap sumbangannya itu yang dilakukan pada tiap-tiap minggu pada hari Jumaat digunakan ke jalan yang sebenar-benarnya.

Hari ini tetaplah sama perilakunya. 'Istiqamah' perlu lebih-lebih lagi dalam perihal beramal. Dahulu yang dijoloknya wang bernilai satu ringgit dan kini tetaplah sama nilai wang tersebut masih satu ringgit. Masih beristiqamah dalam perihal beramal. Cuma yang bezanya bentuk wang kertas tersebut mungkin berbeza.
Kepada Pak Man moga diberkati kerana 'niat' yang ikhlas itu penting bukan menunjuk-nunjuk itu sifat seorang yang terpuji. Kalau ada lagi duit lebih-lebih, hulur-hulur 'lah' lebih sikit.

0 comments:
Post a Comment