
Satu kejadian dimana seorang pelajar ingin pulang kekampung halamanya di selatan semenanjung Malaysia. Puduraya seperti hari-hari biasanya penuh sesak dan jam menunjukan jam 11.00 pagi. Biasanya pelajar tersebut menaiki bas dari syarikat yang sama. Oleh kerana ketika itu tiket bas dari starikat tersebut sudah sudah habis dan terpaksa menunggu untuk beberapa jam berikutnya untuk bas yang seterusnya, pelajar tersebut mengambil keputusan mencari bas lain. Bas dari syarikat mana belum diputuskan.
Datang seorang mak cik dalam lingkungan usia 40an hingga 50an (lebih kurang seusia ibu pelajar tersebut) bertanya "Nak kemana dik?" Si pelajar membalas dengan senyuman mesra dan menjawab ringkas "Batu Pahat." "Kat sini dik, bas gerak sekarang." Si pelajar akur dan ikut sahaja. Si pelajar bukan tidak pernah beli tiket dengan si 'ulat' dan dia tahu benar yang harga tiket tersebut memang jauh lebih mahal dari yang sepatutnya. Kira-kira RM10 lebih dari harga biasa.
Mengenagkan kerinduan terhadap kampung halaman begitu menebal membuatkan si pelajar tidak berkira sangat dengan harga tiket tersebut. Tunggulah si pelajar tersebut di 'platform' yang telah diberitahu si mak cik 'ulat' tersebut. Tunggulah punya tunggu. 10 minit boleh bersabar lagi. Biasalah pengangkutan kat Malaysia ni. 20 minit sudah tidak senang si pelajar mengalas beg. Cukup 30 minit si pelajar sudah tidak boleh pura-pura sabar lagi. Cari mak cik itu semula dan kebetulan kaunter sebelah (bukan 'ulat') basnya hendak bergerak. Si pelajar bagi tahu mak cik tersebut mengenai bas yang ditunggu 30 minit lepas tidak muncul tiba dan meminta wangnya dipulangkan. Mak cik tersebut hilang seketika dan si pelajar kira makcik tersebut mahu ambil wang untuk dipulangkan. Dalam hati si pelajar 'cepatlah pulang sementara tiket kaunter sebelah masih ada dan bas belum bergerak'.

Di lorong ini lah kejadian tersebut berlaku
5 minit kemudian makcik 'ulat' tersebut membawa tiket yang lain. Si pelajar terasa bengang dan masih berkata dengan baik kepada mak cik tersebut supaya memulangkan wang bukanya mahukan tiket tersebut. Mak cik 'ulat' tersebut seboleh-boleh mahu si pelajar tersebut mengambil tiket tersebut. Dengan tidak terkawal lagi perasaan ingin berlemah lembut dan bersopan santun santun, si pelajar telah menengking si mak cik tersebut untuk memulangkang wang RM26.00. Makcik itu akur kerana mungkin wajah si anak muda yang sebelumnya penuh dengan senyuman terpacul api kemarahan. Makcik tersebut memulangkan wang tersebut sambil merungut, "Orang tolong carikan tiket, kok dimarahi."
Sempat juga si pelajar meminta maaf kepada mak cik ulat tersebut walaupun memang bukan salah dia pun. Dan setiap kali si pelajar ke pudu pasti akan nampak makcik tersebut.
Pemimpin sekali je turun padangp/s: Kemudahan di pudu dinaik taraf, ulat bertambah selesa... Penaik tarafan perlu sesekali, tapi pemantauan kena lah berkali-kali....

0 comments:
Post a Comment