
Memang tidak asing lagi nama tersebut dan perkaitannya dengan Air Asia memang sebati. Beliau membawa perubahan dalam bidang penerbangan di Malaysia. Memecahkan dominasi MAS dan menjadikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana turut berpeluang ke awan biru.
Kisah keusahawanan beliau bermula dengan penglibatan beliau di dalam indistri muzik dan kemudian berhijrah ke dalam industri penerbangan.Kisah beliau seakan seperti usahawan Britain (Sir Richard Branson).
Bermula dengan 2 buah pesawat pada 2002, tetapi kini mempunyai sejumlah 75 pesawat ukuran besar dengan lebih seratus destinasi seluruh dunia dan jumlah bilangan destinasi akan bertambah lagi bulan demi bulan akan datang.
Berikut beberapa fakta yang boleh diambil iktibar daripada beliau:
1. Tidak mempunyai bilik khas, sama seperti pekerja lain, orang no 1 AirAsia ini hanya mempunyai ruang kerja yang terbuka dan amat kecil.
2. Mempunyai lebih kurang 400 kakitangan di pejabat AirAsia LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah), dan Tony mengenali hampir semua kakitangan di situ dengan mengingat nama mereka.
3. Selalu mengingatkan staf bahawa beliau bukan sahaja menggerakkan syarikat, malah semua pekerja yang menggerakkan syarikat.
4.Menganggap pekerja adalah kawan dan sentiasa menghormati kawan, sama seperti pekerjanya menghormati Tony.
5. Tidak menganggap segala yang diperkatakan oleh media sebagai sindiran, tidak berkecil hati dengan kata-kata negatif sebaliknya mengambilnya sebagai cabaran.
6. Menjadi hasrat untuk membolehkan semua rakyat Malaysia boleh terbang dan kapal terbang bukan lagi pengangkutan untuk orang kaya.
7. Berjaya menggajikan kira-kira 6000 orang kakitangan pelbagai peringkat kemahiran dan profesion dalam dan luar negara.
8. Melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh staf. Melalui cara begini, beliau dapat memahami dan mengesan cabaran dalam operasi syarikat.
9. Percaya setiap pekerja adalah aset kepada syarikat. Tidak kira di bahagian mana mereka ditempatkan dan apa yang mereka lakukan, setiap dari mereka adalah penggerak syarikat.
10.Menyerapkan budaya kuat dan cekap kerja di kalangan kakitangan sejak hari pertama mereka menyertai pasukan.
11.Tony sendiri mendengar pandangan dan idea dari pekerja setiap bahagian dan peringkat. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh pekerja akan diberikan perhatian.
12.Memberikan berbagai insentif kepada mereka yang cemerlang dalam memberikan sumbangan kepada syarikat. Insentif bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh walaupun memiliki kelulusan yang rendah akan diberikan peluang untuk pengembangan karier mereka.
13.Seorang usahawan perlu sentiasa melihat dan memikirkan peluang untuk berkembang.
Kata beliau mengenai rahsia kejayaan:
Kerja kuat. Ini bukan rahsia sebab dalam apa-apa pun kita kena kerja kuat sekiranya kita hendak berjaya. Bagi saya tidak ada jalan pintas untuk seseorang menuju kejayaan
Itulah rahsia untuk terbang ke awan biru.

p/s: KERJA KUAT!!! bukan kerja nak senang. Bukan senang nak senang. Motivasi untuk diri sendiri.
Link berkaitan di sini.

0 comments:
Post a Comment